"with me,what you see is what you get"
20091031
Dharmawulan Berkata
semua perwira setia mahukan kemenangan
kemenangan melambangkan kejayaan dan
tak semua kemenangan itu mengembirakan
kadang-kala kita perlu kalah untuk menang
Haji Kedai Kopi
Sudah lama aku tidak melepak di kedai kopi bersama orang-orang tua,menghisap rokok daun sambil bermain dam haji.Dahulu aku tidak faham mengapa mereka memanggil permainan ini Dam Haji atau dalam bahasa British-nya Checkers.Ada dua teori(teori aku sendiri).Sempena Hari Raya Haji pada 27hb November 2009.
Satu,dalam permainan ini untuk mendapat gelaran "Kings(American Checkers)" buah dam itu perlu sampai ke barisan hujung tapak pihak lawan.Jadi sebelum sampai di sana,banyak cabaran dan pengorbanan dari buah dam yang lain.Di sebabkan dahulu,untuk bergelar Haji itu sangat-sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.Jadi mereka menyamakan kesusahan itu dengan buah dam itu sendiri.Jadi,bila buah dam itu berjaya sampai ke hujung,maka "Haji" lah ia.Maka permainan ini digelar Dam Haji.
Dua,teori ini masih diragui kerana tiada sumber-sumber yang sahih.Cuma pemerhatian yang singkat dan hasil cakap-cakap orang tua sahaja.Berkaitan dengan teori pertama tadi,akibat kesusahan untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima(menunaikan Haji di Mekah) mungkin kerana kekurangan wang selalunya.Akibat terlampau frust dan keinginan untuk mendapat gelaran Haji itu sendiri.Mereka menamakan permainan ini Dam Haji maka bolehlah mereka bergelar Haji sebentar.Relevan?
Ini cuma teori aku dan aku tidak katakan teori ini benar.Terpulanglah kalau hendak percaya atau tidak.Mungkin kamu ada teori kamu sendiri.
20091030
Dongak Ke Langit Biru
Sewaktu aku masih kecil dahulu seringkali aku melihat pelbagai awan yang berbentuk.Bentuk orang la,bentuk anjing la,bentuk kereta la,bentuk raksasa la,bentuk ultraman la dan kadang-kadang aku tercari-cari mana satu awan guling seperti di dalam komik itu.Aku mereka-reka nama bagi awan itu mengikut kreatifitas dan imaginasi kanak-kanak aku.Tanpa sedar,sebenarnya awan-awan itu sudah mempunyai nama mereka sendiri seperti Cirrus,Stratus,Cumulus dan tidak lupa Cloudy Meatballs.
Dan jika dikaji,setiap negara mempunyai bentuk-bentuk awan yang berbeza.Hal ini berlaku akibat cuaca di setiap negara kadang-kadang berlainan.Di Malaysia,Cumulus Humilis Cloud akan dapat kita lihat setiap hari jika cuaca pada hari itu bercuaca baik.Dan kita tak mungkin dapat melihat Polar Stratospheric Cloud(PSCs) yang hanya terdapat di negara beriklim sejuk seperti di Antratika.
Tapi sekarang susah betul aku nak melihat awan berbentuk.Mungkin aku seringkali bangun lewat petang tapi kadang-kadang aku bangun awal pun susah nak cari awan berbentuk.Cuba dongak ke langit,ada nampak awan berbentuk anjing?
20091029
Bukan Entri Lucah
Anoreksia Nervosa
Maaf.Ini bukan entri lucah.Mungkin lain kali aku akan pertimbangkan mengenai entri lucah mahupun separa lucah.Aku cuma mahu bercerita mengenai Anoreksia Nervosa.Anoreksia yang berasal dari perkataan Greek dan Nervosa yang berasal dari perkataan Latin apabila digabungkan bermaksud hilang selera makan dan aku tidak maksudkan dengan Anorexia Nervosa (band black metal yang berasal dari Perancis) itu.
Jika kita lihat peratusan penghidap penyakit ini.95% adalah wanita.Pelik.Hal ini bagi aku tidak sepelik kejadian pisang berjantung dua ini kerana golongan wanita lebih senang diintimidasi dengan gambaran tentang tubuh yang ideal.Mereka juga kebanyakkannya mahu memiliki badan seperti selebriti-selebriti terkemuka ataupun supermodel-supermodel yang hampir kesemua supermodel berbadan skinny.Akibatnya,mereka sanggup berdiet semata-mata mahu badan yang proporsional.
Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan mereka mendapat penyakit ini dan antaranya ialah dadah dan masalah kesihatan mereka sendiri.Tapi bagi aku,ini sebenarnya bukan trend yang perlu diikuti.Inilah yang dikatakan tak ada penyakit cari penyakit.Manusia ini pelik-pelik.Seronok sangat ke jadi rangka hidup?
Konsonan Tekanan Paru-paru
Berkerja di bawah panahan matahari,mengangkat besi-besi yang mencecah 4-5 tan setiap hari menyebabkan aku tiada masa untuk menulis.Kertas dan pen juga entah di sorokkan di mana.Dan apabila di paksa untuk menulis hari ini,pasti orang akan berkata aku seorang doktor.Tidak kira la,doktor pakar bedah,doktor pakar sakit tuan-tuan dan puan-puan,mahupun doktor falsafah.Keunikan tulisan mereka sangat bernilai.Bayangkan jika mahu surat mc,mereka cuma menulis tidak sampai 3 patah perkataan.Ia bernilai RM20.Bayangkan jikalau mereka menulis sebuah novel.
Mungkin anda sedar huruf yang sejak kecil kita belajar merupakan tulisan alpabet.Alpabet adalah gabungan dua huruf iaitu aleph yang bermaksud lembu jantan dan beth yang bermaksud rumah.Dan konotasi pictografis dari pengertian dua kata ini menjadi sebutan untuk menjadi huruf pertama a;aleph dan b;beth.
Tapi siapakah yang pertama sekali menukarkan Hierogliph kepada tulisan alpabet.Inskripsi Sarabit al-Khadim disahkan lebih tua beberapa abad berbanding Inskripsi Ahiram Yubail yang dijumpai di Byblos(Lebanon).Jadi para sarjana telah bersepakat bahawa tulisan alpabet berasal dari bangsa Semit dan bukan dari bangsa Fenisia.Dan huruf Fenisia juga berasal dari bangsa Semit.Teori ini diperkuatkan dengan geografi daerah mereka adalah lebih dekat dengan Mesir dan tulisan mereka yang tidak terlalu banyak berbeza.
Biar sejarah yang bicara.Seburuk-buruk tulisan merupakan sebaik-baik ingatan.
20091028
Topi Putih Bermata Merah
Si topi putih yang baru di naik taraf.Memegang fail-fail yang penuh dengan drawing yang mereka sendiri kurang arif.Memerhati dengan angkuh sambil mencari salah si topi kuning.
"kami mahu certificate untuk barang-barang ini"
"kalau tidak kami tak benarkan kamu buat kerja"
Si topi putih yang gila pangkat.Anda baru berkerja tak sampai setahun.Tak pernah ada orang mintak certificate untuk spannar yang dah berusia 3-4 tahun ini.Kalau dah tak ada kerja,kamu duduk diam-diam sudah lah.Kami tahu anda ada ijazah tapi spannar kami tak kenal kamu ada ijazah atau tidak.
20091026
Mintak Maaf..
Mintak Maaf Manchester United
Jangan menangis.Anda semakin hebat.
Cuma 2 gol berbanding 4 gol masa lalu.
You will never walk alone
20091012
20091010
"Meletup" Yoshimura
Bagi peminat-peminat sukan permotoran sama ada motosikal jenis Under Bone,4st Mini,Scooter,Offroad/Motard,Street Bike mahupun Sports Bike.Jenama Yoshimura bukanlah satu jenama cap ayam.Produk-produk yang dikeluarkan oleh Yoshimura adalah berkualiti tinggi.Walaupun Yoshimura bermula dengan sebuah kedai membuat/membaiki enjin tapi produk utama yang membuat namanya terkenal adalah melalui pengeluaran ekzos.
Antara exzos yang dikeluarkan ialah R-77,R-55,TRC,TRI,RS-5 dan TRC Undertail.Setiap ekzos yang dikeluarkan Yoshimura mempunyai 3 pilihan muffler iaitu stainless,carbon fiber dan titanium.Jadi jikalau anda peminat sukan permotoran,tidak salah jika anda mencuba eksoz Yoshimura ini.
Siapakah Pops(Meletup)?
Hideo 'Pops' Yoshimura adalah pengasas Yoshimura.Pada awalnya,Pops dipanggil untuk menjadi pelatih mekanik kapal terbang sewaktu Perang Dunia Kedua.Setelah itu,Pops mula menala(tuning) motosikal di Jepun dan membuka kedai di sana.Kemudian dia berhijrah ke Los Angeles pada awal era four cylinder superbike dan namanya semakin terkenal di sana.
Pada 1976,Pops menceburi bidang perlumbaan motosikal bermula dengan syarikat Kawasaki.Kemudian pada tahun 1978,Pops bertukar ke syarikat Suzuki dan berjaya memenangi perlumbaan pada masa itu.Antara pelumba yang menggunakan sentuhan ajaib Pops ialah Steve McLaughlin,Wes Cooley dan Mike Baldwin.Suzuki semakin selesa bersama Yoshimura dan akhirnya Yoshimura menjadi pasukan rasmi dalam Suzuki.Dari situ nama Yoshimura terus naik sehingga sekarang.
Pada tahun 1995 Pops disahkan mati akibat kanser dan meninggalkan sejarah tentang seorang pereka dan penala motor yang hebat.Dia juga adalah salah seorang perintis kepada sukan lumba motor dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)