20091120
Mari Bersiar-siar Dengan Bot
Selak-selak surat khabar hari ini,Taman Negara Lake District banjir.Lihat pula di luar tingkap,langit masih menurunkan air dengan banyak sekali.Nasib baik sistem perparitan di rumahku masih berfungsi dengan sempurna.Tapi aku lihat,semakin lama-semakin tinggi paras air di sini.Bagus juga,aku sudah siapkan sampan kertas.Boleh aku berlumba dengan budak-budak petang nanti.
Teringat pula cerita 2012,mana hendak kumpul 1 bilion kawan.Lainlah kalau aku anak si Madonna,Rocco,9 tahun mungkin mewarisi kekayaan bernilai 376 juta pound(RM2.12 bilion).Tidak hairan lah dia di gelar Influential Child Future.Kecil-kecil sudah kaya,nasib baik kamu lelaki.
Jika kita selidiki,boleh dikatakan kesemua sistem perparitan kawasan bandar di Malaysia menggunakan Kaedah Rasional yang diperkenalkan oleh Mulvaney(1850).Kaedah ini mudah digunakan kerana hanya perlu mengambil kadar alir puncak tapi ia menganggap bahawa lebat hujan adalah sekata dan teragih setiap masa.Jadi secara rasionalnya kita boleh fikir mengapa banjir kilat boleh berlaku.Tapi aku bukan mahu menyalahkan sistem perparitan itu,kita sebagai penduduk atau lebih tepat manusia yang berakal perlu ada tanggungjawab.Jika melihat longkang,pasti ada sampah sarap di situ.Aku tidak rasa longkang menghasilkan sampah.Jadi jangan memaki longkang kalau anda terpaksa bersiar-siar dengan bot nanti.
Sekian.Aku mahu sambung tidur.Harap bila bangun nanti katil ku masih kering.
Langgan:
Catatan (Atom)