Imbas kembali sewaktu umurku masih belum sampai dua digit,tiada apa-apa yang merunsingkan kepala.Tiada tanggungjawab yang perlu aku pikul.Mungkin kerana aku belum baligh pada waktu itu.Misai dan janggut masih tersembunyi di dalam badan.Mereka malu untuk keluar agaknya.Sekarang pun masih malu-malu.Pelik aku.
Sewaktu kecil itulah aku banyak belajar pelbagai benda di kampung dan apabila aku ceritakan tentang apa yang aku lakukan di kampung pasti teman-teman ku betepuk girang.Bila aku ceritakan tentang aksi aku menunggang lembu,menangkap siput sedut di sawah,menangkap pepatung,menangkap kelip-kelip,melastik kelawar,melastik ayam,itik,lembu,kambing,gadis sunti tidak terkecuali,melihat abang-abang bermain takraw dan dipaksa mengutip bola takraw,membuat bom air dan membaling pada kambing dan banyak lagi pekara yang melibatkan binatang.Kesemua pekara tersebut pasti teman-teman ku bangun,betepuk tangan dan berkata hebatnya kamu.
Tapi aku lihat budak-budak sekarang sudah malas membuat apa yang aku lakukan duhulu.Mungkinkah mereka takut haiwan-haiwan itu akan pupus atau mereka ada haiwan-haiwan di dalam komputer yang perlu mereka bunuh?Aktifkan punat kesegaran kamu.
yahaha.
BalasPadammungkin lama lama suma org pakai surrogate saje akibat terlalu tak mahu bergerak.
--even adik laki aku tak pandai main gasing. dan kalau dulu masa dajah satu dah boleh jd jaguh.
sekarang mereka lebih gemar menjadi jaguh alam maya
BalasPadamjambang aku pun malu nak keluar. aih. baru nak jadi macam Munaf.
BalasPadammunafik lebih padan dengan kamu
BalasPadamsemua manusia munafik dan hypocrite.
BalasPadamjangan samakan kamu dengan manusia lain
BalasPadam