20091102

Melayu Kurang Simpan Setem

Benarkah?Aku pun tak pasti,tapi waktu kecil-kecil dahulu memang aku suka kumpul setem.Sebenarnya ini bukan entri pasal setem,aku mahu menulis tentang sel stem dan apa kaitanya dengan Melayu,ibubapa dan anak-anak mereka.Tapi ini bukan bermaksud aku sudah berkahwin ya gadis-gadis.

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar ke sel-sel jenis lain dan boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita.Sel Stem boleh merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti leukemia,lymphoma,aplastic anemia dan lain-lain.Lagi-lagi info.

Jadi walaupun dengan wujudnya StemLife.Iaitu tempat penyimpanan sel stem,para ibubapa masih was-was mengenai perkhidmatan ini dan lebih suka basuh,tanam uri dan tali pusat bayi selepas di lahirkan terutamya ibubapa dari masyarakat Melayu.Jika masyarakat Cina,mereka mungkin boleh mencari penderma dari Taiwan atau Amerika Syarikat tapi bagi masyarakat Melayu adalah sukar kerana sumber mereka agak terhad.Mungkin mereka beranggapan anak-anak mereka tidak akan sakit seumur hidup mereka.Stemife ini sebenarnya memudahkan kita,jika mahu mengambil sel stem dari tulang sum-sum ketika dewasa prosesnya amat mahal dan menyakitkan.

Tapi siapa yang mahu dermakan aku setem tahun 1957 di bawah?



5 ulasan:

  1. aku masih menunggu post-entri tentang asal-usul Melayu.

    BalasPadam
  2. pejabat pos masih wujud.sila beratur dan beli dgn harga sekitar 20 sen

    BalasPadam
  3. aah. pernah dengar pasal ini. ada kat jb saje kan comp nye?

    BalasPadam
  4. di mana ada bayi,
    di situ ada stemlife

    BalasPadam