20091120

Let The Bodies Hit The Floor

Mari Bersiar-siar Dengan Bot

Selak-selak surat khabar hari ini,Taman Negara Lake District banjir.Lihat pula di luar tingkap,langit masih menurunkan air dengan banyak sekali.Nasib baik sistem perparitan di rumahku masih berfungsi dengan sempurna.Tapi aku lihat,semakin lama-semakin tinggi paras air di sini.Bagus juga,aku sudah siapkan sampan kertas.Boleh aku berlumba dengan budak-budak petang nanti.

Teringat pula cerita 2012,mana hendak kumpul 1 bilion kawan.Lainlah kalau aku anak si Madonna,Rocco,9 tahun mungkin mewarisi kekayaan bernilai 376 juta pound(RM2.12 bilion).Tidak hairan lah dia di gelar Influential Child Future.Kecil-kecil sudah kaya,nasib baik kamu lelaki.

Jika kita selidiki,boleh dikatakan kesemua sistem perparitan kawasan bandar di Malaysia menggunakan Kaedah Rasional yang diperkenalkan oleh Mulvaney(1850).Kaedah ini mudah digunakan kerana hanya perlu mengambil kadar alir puncak tapi ia menganggap bahawa lebat hujan adalah sekata dan teragih setiap masa.Jadi secara rasionalnya kita boleh fikir mengapa banjir kilat boleh berlaku.Tapi aku bukan mahu menyalahkan sistem perparitan itu,kita sebagai penduduk atau lebih tepat manusia yang berakal perlu ada tanggungjawab.Jika melihat longkang,pasti ada sampah sarap di situ.Aku tidak rasa longkang menghasilkan sampah.Jadi jangan memaki longkang kalau anda terpaksa bersiar-siar dengan bot nanti.

Sekian.Aku mahu sambung tidur.Harap bila bangun nanti katil ku masih kering.

20091115

Tubuh Beraneka Warna

Son Goku boleh mengeluarkan cahaya dari tubuh,tapi ia cuma cerita hero kanak-kanak dahulu.Aku juga menganggapnya sebagai hero dulu walaupun sedar Goku cuma seekor gorila jadian yang kehilangan ekor.Mungkin ramai yang sedar bahawa cahaya di tubuh Goku itu adalah disebabkan oleh aura ataupun chakra bukan kerna tubuhnya berwarna emas dan berkilau-kilau.Ingat.Kanak-kanak di larang keras mewarnakan badan mereka.Jika putih biarkan putih,jika hitam biarkan hitam.Nanti tercabut hidung susah pula.

Apa itu Aura?

Aura adalah warna diri.Secara ringkasnya aura ialah warna yang memancar dari diri kita.Ada yang menyebutnya sebagai "Noor","Chi",atau "Tenaga Ilahi".Adibah Noor bukan aura walaupun dia pernah menyanyikan lagu Cahaya.Jadi jika anda yakin bahawa aura itu cahaya,anda pasti tahu warna aura itu.Tapi pernah anda melihat aura?

Kini di kedai-kedai gambar terpilih anda boleh melihat warna aura anda sendiri.Ia di panggil Bio Feedback Camera atau Aura Camera.Warna aura boleh kita amik atau rakam melalui kamera ini yang kemudiannya dipenjelasan sifat-sifatnya melalui komputer.Terdapat tujuh warna kesemuanya(Merah,Jingga,Kuning,Hijau,Biru,Indigo,Ungu) dan setiap warna mewakili sifat seseorang yang berbeza.



Jadi apa tunggu lagi,segera lah ke kedai-kedai gambar terpilih.Mungkin anda boleh menjadi Goku di sana.


20091110

Aktifkan Punat Kesegaran

Imbas kembali sewaktu umurku masih belum sampai dua digit,tiada apa-apa yang merunsingkan kepala.Tiada tanggungjawab yang perlu aku pikul.Mungkin kerana aku belum baligh pada waktu itu.Misai dan janggut masih tersembunyi di dalam badan.Mereka malu untuk keluar agaknya.Sekarang pun masih malu-malu.Pelik aku.

Sewaktu kecil itulah aku banyak belajar pelbagai benda di kampung dan apabila aku ceritakan tentang apa yang aku lakukan di kampung pasti teman-teman ku betepuk girang.Bila aku ceritakan tentang aksi aku menunggang lembu,menangkap siput sedut di sawah,menangkap pepatung,menangkap kelip-kelip,melastik kelawar,melastik ayam,itik,lembu,kambing,gadis sunti tidak terkecuali,melihat abang-abang bermain takraw dan dipaksa mengutip bola takraw,membuat bom air dan membaling pada kambing dan banyak lagi pekara yang melibatkan binatang.Kesemua pekara tersebut pasti teman-teman ku bangun,betepuk tangan dan berkata hebatnya kamu.

Tapi aku lihat budak-budak sekarang sudah malas membuat apa yang aku lakukan duhulu.Mungkinkah mereka takut haiwan-haiwan itu akan pupus atau mereka ada haiwan-haiwan di dalam komputer yang perlu mereka bunuh?Aktifkan punat kesegaran kamu.


20091105

Sahabat Dingin

Sedang asyik aku menikmati minum petang di mamak,tiba-tiba aku melihat seorang remaja yang membuat ollie melepasi longkang besar bersama papan luncurnya.Aku berkata kepada kawan di hadapan yang mamat tadi cool.Dan mungkin bagi kawan di hadapan,mereka tidak berasa cool dengan mamat ollie tadi.Kawan di hadapan mungkin berkata cool pada gadis di seberang kedai memakai feminine dress bersama gladiator heel-nya.

Itu hot dah,bukan cool lagi-bangkang aku-

Apa yang aku mahu katakan,maksud cool pada setiap orang adalah berbeza.Bagi aku,cool tak semestinya hebat dan kita tak perlulah berlagak hebat untuk menjadi cool.Sebab bagi aku kita semua cool cuma cool bagi kita kadang-kala tak sama dengan cool pada orang lain.Just be yourself,and you will be the coolest person.

Jika kita seorang yang cool,kita mesti mahukan sahabat yang cool juga.Sahabat yang cool bukan bererti sahabat yang mempunyai penampilan menarik,memiliki kemahiran yang unik atau dari kalangan artis ternama.Mereka cuma kawan yang kita selesa untuk berkawan,melepak dan membuat pelbagai aktiviti bersama.Dan aku percaya kawan-kawan yang rapat dengan kamu merupakan kawan-kawan yang cool.Tapi mungkin tidak pada aku.Cuma berikan aku kasut di bawah,dan kamu merupakan kawan yang cool bagi aku.


Aku Kagum Sebentar

20091102

Melayu Kurang Simpan Setem

Benarkah?Aku pun tak pasti,tapi waktu kecil-kecil dahulu memang aku suka kumpul setem.Sebenarnya ini bukan entri pasal setem,aku mahu menulis tentang sel stem dan apa kaitanya dengan Melayu,ibubapa dan anak-anak mereka.Tapi ini bukan bermaksud aku sudah berkahwin ya gadis-gadis.

Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar ke sel-sel jenis lain dan boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita.Sel Stem boleh merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti leukemia,lymphoma,aplastic anemia dan lain-lain.Lagi-lagi info.

Jadi walaupun dengan wujudnya StemLife.Iaitu tempat penyimpanan sel stem,para ibubapa masih was-was mengenai perkhidmatan ini dan lebih suka basuh,tanam uri dan tali pusat bayi selepas di lahirkan terutamya ibubapa dari masyarakat Melayu.Jika masyarakat Cina,mereka mungkin boleh mencari penderma dari Taiwan atau Amerika Syarikat tapi bagi masyarakat Melayu adalah sukar kerana sumber mereka agak terhad.Mungkin mereka beranggapan anak-anak mereka tidak akan sakit seumur hidup mereka.Stemife ini sebenarnya memudahkan kita,jika mahu mengambil sel stem dari tulang sum-sum ketika dewasa prosesnya amat mahal dan menyakitkan.

Tapi siapa yang mahu dermakan aku setem tahun 1957 di bawah?



20091101

November Rain

Tak sedar aku hari ini sudah masuk 1hb November.Mana tidak,dah beberapa kali aku bangun-tidur hari ini.Hujan pada hari Ahad memang mengasyikkan.Sedar pun akibat bunyi salakan serigala pada pukul 8 malam tadi.Terlepaslah satu hari yang indah hari ini.

Tapi aku rasa bukan aku seorang saja yang penuhi hari dengan berjumpa puteri/putera kayangan di alam mimpi.Masih ramai di luar sana.Aku tidak maksudkan kamu.Tapi tidak salahnya jika kamu mencuba apa yang kami lakukan.Dan kamu pasti bangun dengan perasaan kosong,tiada arah,kepala menjadi sedikit pening/mamai,dan kamu akan berkata

akulah manusia yang malas

Don't You Dare Forget The Onion



Sedikit Cerita Tentang "Weird Al" Yankovic

Membawa musik comedy rock pada tahun 1979 sehingga sekarang dengan album terbarunya The Essential "Weird Al" Yankovic.Yankovic telah menjual lebih 12 juta album di seluruh dunia dan album-albumnya juga banyak yang dicalonkan di Grammy Awards dan ada di antara albumnya berjaya memenangi pencalonan Grammy tersebut.Ini meletakkan Yankovic antara artis comedy rock yang terbaik dalam sejarah.Wahh..

20091031

Lagenda 199


"with me,what you see is what you get"

Some of his favorites

Legend Number 199

Pastrana's Subaru Impreza WRX STI

Pastrana 199 Monster Truck

Dharmawulan Berkata



semua perwira setia mahukan kemenangan

kemenangan melambangkan kejayaan dan

tak semua kemenangan itu mengembirakan

kadang-kala kita perlu kalah untuk menang




Lagu Tidur Hari Ini 2

Haji Kedai Kopi

Sudah lama aku tidak melepak di kedai kopi bersama orang-orang tua,menghisap rokok daun sambil bermain dam haji.Dahulu aku tidak faham mengapa mereka memanggil permainan ini Dam Haji atau dalam bahasa British-nya Checkers.Ada dua teori(teori aku sendiri).Sempena Hari Raya Haji pada 27hb November 2009.

Satu,dalam permainan ini untuk mendapat gelaran "Kings(American Checkers)" buah dam itu perlu sampai ke barisan hujung tapak pihak lawan.Jadi sebelum sampai di sana,banyak cabaran dan pengorbanan dari buah dam yang lain.Di sebabkan dahulu,untuk bergelar Haji itu sangat-sangat sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.Jadi mereka menyamakan kesusahan itu dengan buah dam itu sendiri.Jadi,bila buah dam itu berjaya sampai ke hujung,maka "Haji" lah ia.Maka permainan ini digelar Dam Haji.

Dua,teori ini masih diragui kerana tiada sumber-sumber yang sahih.Cuma pemerhatian yang singkat dan hasil cakap-cakap orang tua sahaja.Berkaitan dengan teori pertama tadi,akibat kesusahan untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima(menunaikan Haji di Mekah) mungkin kerana kekurangan wang selalunya.Akibat terlampau frust dan keinginan untuk mendapat gelaran Haji itu sendiri.Mereka menamakan permainan ini Dam Haji maka bolehlah mereka bergelar Haji sebentar.Relevan?

Ini cuma teori aku dan aku tidak katakan teori ini benar.Terpulanglah kalau hendak percaya atau tidak.Mungkin kamu ada teori kamu sendiri.

20091030

Dongak Ke Langit Biru

Sewaktu aku masih kecil dahulu seringkali aku melihat pelbagai awan yang berbentuk.Bentuk orang la,bentuk anjing la,bentuk kereta la,bentuk raksasa la,bentuk ultraman la dan kadang-kadang aku tercari-cari mana satu awan guling seperti di dalam komik itu.Aku mereka-reka nama bagi awan itu mengikut kreatifitas dan imaginasi kanak-kanak aku.Tanpa sedar,sebenarnya awan-awan itu sudah mempunyai nama mereka sendiri seperti Cirrus,Stratus,Cumulus dan tidak lupa Cloudy Meatballs.

Dan jika dikaji,setiap negara mempunyai bentuk-bentuk awan yang berbeza.Hal ini berlaku akibat cuaca di setiap negara kadang-kadang berlainan.Di Malaysia,Cumulus Humilis Cloud akan dapat kita lihat setiap hari jika cuaca pada hari itu bercuaca baik.Dan kita tak mungkin dapat melihat Polar Stratospheric Cloud(PSCs) yang hanya terdapat di negara beriklim sejuk seperti di Antratika.

Tapi sekarang susah betul aku nak melihat awan berbentuk.Mungkin aku seringkali bangun lewat petang tapi kadang-kadang aku bangun awal pun susah nak cari awan berbentuk.Cuba dongak ke langit,ada nampak awan berbentuk anjing?



20091029

Bukan Entri Lucah

Anoreksia Nervosa

Maaf.Ini bukan entri lucah.Mungkin lain kali aku akan pertimbangkan mengenai entri lucah mahupun separa lucah.Aku cuma mahu bercerita mengenai Anoreksia Nervosa.Anoreksia yang berasal dari perkataan Greek dan Nervosa yang berasal dari perkataan Latin apabila digabungkan bermaksud hilang selera makan dan aku tidak maksudkan dengan Anorexia Nervosa (band black metal yang berasal dari Perancis) itu.

Jika kita lihat peratusan penghidap penyakit ini.95% adalah wanita.Pelik.Hal ini bagi aku tidak sepelik kejadian pisang berjantung dua ini kerana golongan wanita lebih senang diintimidasi dengan gambaran tentang tubuh yang ideal.Mereka juga kebanyakkannya mahu memiliki badan seperti selebriti-selebriti terkemuka ataupun supermodel-supermodel yang hampir kesemua supermodel berbadan skinny.Akibatnya,mereka sanggup berdiet semata-mata mahu badan yang proporsional.

Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan mereka mendapat penyakit ini dan antaranya ialah dadah dan masalah kesihatan mereka sendiri.Tapi bagi aku,ini sebenarnya bukan trend yang perlu diikuti.Inilah yang dikatakan tak ada penyakit cari penyakit.Manusia ini pelik-pelik.Seronok sangat ke jadi rangka hidup?

Konsonan Tekanan Paru-paru

Berkerja di bawah panahan matahari,mengangkat besi-besi yang mencecah 4-5 tan setiap hari menyebabkan aku tiada masa untuk menulis.Kertas dan pen juga entah di sorokkan di mana.Dan apabila di paksa untuk menulis hari ini,pasti orang akan berkata aku seorang doktor.Tidak kira la,doktor pakar bedah,doktor pakar sakit tuan-tuan dan puan-puan,mahupun doktor falsafah.Keunikan tulisan mereka sangat bernilai.Bayangkan jika mahu surat mc,mereka cuma menulis tidak sampai 3 patah perkataan.Ia bernilai RM20.Bayangkan jikalau mereka menulis sebuah novel.

Mungkin anda sedar huruf yang sejak kecil kita belajar merupakan tulisan alpabet.Alpabet adalah gabungan dua huruf iaitu aleph yang bermaksud lembu jantan dan beth yang bermaksud rumah.Dan konotasi pictografis dari pengertian dua kata ini menjadi sebutan untuk menjadi huruf pertama a;aleph dan b;beth.

Tapi siapakah yang pertama sekali menukarkan Hierogliph kepada tulisan alpabet.Inskripsi Sarabit al-Khadim disahkan lebih tua beberapa abad berbanding Inskripsi Ahiram Yubail yang dijumpai di Byblos(Lebanon).Jadi para sarjana telah bersepakat bahawa tulisan alpabet berasal dari bangsa Semit dan bukan dari bangsa Fenisia.Dan huruf Fenisia juga berasal dari bangsa Semit.Teori ini diperkuatkan dengan geografi daerah mereka adalah lebih dekat dengan Mesir dan tulisan mereka yang tidak terlalu banyak berbeza.

Biar sejarah yang bicara.Seburuk-buruk tulisan merupakan sebaik-baik ingatan.






20091028

Langsing Sang Kerengga

Topi Putih Bermata Merah

Si topi putih yang baru di naik taraf.Memegang fail-fail yang penuh dengan drawing yang mereka sendiri kurang arif.Memerhati dengan angkuh sambil mencari salah si topi kuning.

"kami mahu certificate untuk barang-barang ini"

"kalau tidak kami tak benarkan kamu buat kerja"

Si topi putih yang gila pangkat.Anda baru berkerja tak sampai setahun.Tak pernah ada orang mintak certificate untuk spannar yang dah berusia 3-4 tahun ini.Kalau dah tak ada kerja,kamu duduk diam-diam sudah lah.Kami tahu anda ada ijazah tapi spannar kami tak kenal kamu ada ijazah atau tidak.


20091026

Lagu Tidur Hari Ini

Mintak Maaf..

Mintak Maaf Manchester United

Jangan menangis.Anda semakin hebat.
Cuma 2 gol berbanding 4 gol masa lalu.

You will never walk alone


20091012

Ninja 250R

makes everything else feel light years behind

20091010

"Meletup" Yoshimura

Bagi peminat-peminat sukan permotoran sama ada motosikal jenis Under Bone,4st Mini,Scooter,Offroad/Motard,Street Bike mahupun Sports Bike.Jenama Yoshimura bukanlah satu jenama cap ayam.Produk-produk yang dikeluarkan oleh Yoshimura adalah berkualiti tinggi.Walaupun Yoshimura bermula dengan sebuah kedai membuat/membaiki enjin tapi produk utama yang membuat namanya terkenal adalah melalui pengeluaran ekzos.

Antara exzos yang dikeluarkan ialah R-77,R-55,TRC,TRI,RS-5 dan TRC Undertail.Setiap ekzos yang dikeluarkan Yoshimura mempunyai 3 pilihan muffler iaitu stainless,carbon fiber dan titanium.Jadi jikalau anda peminat sukan permotoran,tidak salah jika anda mencuba eksoz Yoshimura ini.

Siapakah Pops(Meletup)?

Hideo 'Pops' Yoshimura adalah pengasas Yoshimura.Pada awalnya,Pops dipanggil untuk menjadi pelatih mekanik kapal terbang sewaktu Perang Dunia Kedua.Setelah itu,Pops mula menala(tuning) motosikal di Jepun dan membuka kedai di sana.Kemudian dia berhijrah ke Los Angeles pada awal era four cylinder superbike dan namanya semakin terkenal di sana.

Pada 1976,Pops menceburi bidang perlumbaan motosikal bermula dengan syarikat Kawasaki.Kemudian pada tahun 1978,Pops bertukar ke syarikat Suzuki dan berjaya memenangi perlumbaan pada masa itu.Antara pelumba yang menggunakan sentuhan ajaib Pops ialah Steve McLaughlin,Wes Cooley dan Mike Baldwin.Suzuki semakin selesa bersama Yoshimura dan akhirnya Yoshimura menjadi pasukan rasmi dalam Suzuki.Dari situ nama Yoshimura terus naik sehingga sekarang.

Pada tahun 1995 Pops disahkan mati akibat kanser dan meninggalkan sejarah tentang seorang pereka dan penala motor yang hebat.Dia juga adalah salah seorang perintis kepada sukan lumba motor dunia.